Cinta perlu sentiasa dipupuk
BIARPUN cinta baru berputik atau sudah lama mekar, kasih mesti dipupuk umpama semalam baru berkenalan.Ada kalanya apa yang dilakukan dianggap remeh tetapi ia tetap mencetus rasa bahagia buat si dia. Jika rasa hubungan mulai hambar atau memikirkan cara untuk membuat si dia lebih terpikat, perkara berikut mungkin boleh direnung:> Jika rajin menghantar sistem pesanan ringkas (SMS), kata-kata yang anda gunakan juga boleh membuat hatinya tersentuh. Pesanan dengan kata-kata ringkas dan lembut lazimnya mencairkan si dia, berbanding pesanan meleret dengan pelbagai idea yang mungkin membuatkan kita sendiri rasa malas membacanya.> Jika anda gemar menghantar e-mel pula, cubalah menghantar gambar e-mel romantik sesekali. Bukan selalu, nanti si dia rasa anda mencuba memikatnya secara keterlaluan pula hingga mungkin membosankan.> Sikap spontan memang mampu membangkit semangat. Sesekali ajaklah si dia menonton wayang di tengah malam atau secara tiba-tiba mengajaknya memandu ke destinasi yang tidak dirancang. Naluri sebegini memang mudah menceriakan suasana terutama jika seorang daripada anda terlalu sibuk dengan kerja seharian. Sesekali merehatkan minda dengan aksi spontan tentunya mampu mencatat kenangan manis buat anda berdua. > Selidik apa yang sangat diingininya tetapi masih tak mampu dimiliki. Barang yang diingininya itu mungkin kecil saja tetapi jika anda berjaya mendapatkannya, tentu dia cukup menghargai.> Si gadis yang sudah biasa hidup sendiri dan berdikari pula, usah terlalu mengharap si dia melakukan segalanya untuk anda bila sudah berteman. Sesetengah lelaki mungkin rasa bosan jika si gadis terlalu bergantung padanya sedangkan sebelum ini segala benda boleh dilakukan sendirian.Lelaki juga mungkin kurang tertarik pada gadis yang serba-serbi nampak lemah, seolah-olah tidak mampu melakukan sebarang kerja. Berdikari dan berani bukan bermakna si gadis mahu tunjuk kuat tetapi ada kalanya ia menjadi satu tarikan menawan buat si lelaki. > Unsur kelakar dalam perbualan usah dilupa kerana ia mampu membuatkan anda lebih disenangi. Si dia juga mudah rasa selesa dengan orang yang sering tersenyum berbanding mereka yang sering mempamerkan muka masam mencuka.> Katakan padanya anda mengasihinya. Usah malu atau terlalu menyimpan perasaan. Luahan hati bukan saja romantik tetapi membuatkan si dia tahu isi hati anda. Apa yang penting, apa yang anda ungkapkan itu perlulah ikhlas, bukannya dibuat-buat sekadar untuk mengambil hati.> Sekiranya selama ini anda mengharapkan isteri menyediakan hidangan di waktu pagi, apa kata jika si suami pula menghargai isteri tersayang dengan mengambil tugas menyediakan sarapan pagi. Tentu berbunga-bunga senyuman manisnya. > Bersyukur pada apa yang kita miliki kerana antara lain, ia membuatkan diri kita sihat secara fizikal dan emosi.
Kejujuran bukti cinta sejati
PERCINTAAN bukan pasti berakhir dengan perkahwinan, malah ada pasangan yang bercinta bagai Laila dan Majnun tetapi akhirnya putus di pertengahan jalan.
Justeru, apabila mengingatkan kisah percintaan lama, pasti ramai di antara kita yang tersenyum sendiri. Bagi lelaki dan wanita, mereka tentu mempunyai kisah percintaan sendiri yang kadangkala jika ditulis boleh dibuat novel.
Ada yang kecewa akibat bercinta mengambil keputusan terus membujang sehingga tua, seolah-olah cinta pertama itu terlalu agung dan tidak boleh diganti dengan percintaan lain.
Namun, bagi kebanyakan kita, jodoh pertemuan ketentuan Ilahi. Justeru, apabila gagal dalam percintaan pertama, kedua dan seterusnya, masih ada ruang untuk mengubat kedukaan itu.
Apabila menjadi suami isteri, kadangkala teringat juga kisah percintaan lama. Ada di antara kita yang berani untuk memberitahu pasangannya mengenai cerita cinta yang pernah ditempuhi dan bagi yang lain menyimpan dalam memori sendiri.
Setiap orang pasti memiliki kisah masa lalu, sama ada buruk atau indah. Timbul persoalan, adakah kisah masa lalu yang buruk itu perlu diceritakan kepada kekasih kita?
Adakah jika diceritakan akan membuktikan betapa dalamnya cinta anda dan pasangan? Atau adakah dengan membuka cerita cinta lama itu akan merosak dan memporak-porandakan hubungan anda?
Ada yang berkata, jika anda tidak menyampaikan kisah cinta masa lalu, maka anda akan menjadi seorang pembohong di hadapan orang yang anda cintai dan anda tidak mungkin dapat mencintainya sepenuh hati.
Ini berlaku terutama kepada pasangan yang berkomitmen untuk bersama-sama selamanya, justeru setiap orang berhak mengetahui kisah pasangan yang dicintainya itu.
Namun, sebelum anda ingin menceritakan kisah percintaan masa lalu, pastikan pasangan anda bersedia menerima segala masa lalu anda dan melupakannya!
Beberapa hal yang perlu diperhatikan untuk menyingkap masa lalu:
- Bagaimana keadaan anda ketika melalui saat-saat percintaan dengan bekas kekasih anda.
- Kehidupan sekarang lebih baik daripada masa lalu.
- Cerita percintaan masa lalu itu akan meningkatkan kualiti cinta anda.
- Ceritakan percintaan masa lalu yang boleh memberi manfaat kepada kehidupan anda dan pasangan ketika ini.
- Jalani hubungan anda dan pasangan dengan saling menanamkan kepercayaan dalam hubungan cinta.
- Tanamkan dalam diri hubungan ketika ini amat penting, justeru anda jujur untuk menceritakan kisah percintaan masa lalu.
Hargai anugerah ‘cinta’
BAYANGKAN anda mencintai seseorang tetapi orang itu tidak mencintai anda, tentu menyakitkan. Tetapi, anda lebih kecewa apabila anda mencintai seseorang tetapi tidak mempunyai keberanian untuk memberitahu apa yang anda rasakan.
Percaya atau tidak, anda memerlukan seminit untuk tertarik kepada seseorang, sejam untuk menyukai seseorang, sehari untuk mencintai seseorang tetapi mengambil masa seumur hidup untuk melupakan seseorang yang anda cintai.
Mungkin Tuhan sengaja menemukan kita dengan seseorang yang tidak sepadan sebelum kita ditemukan dengan orang yang sehati sejiwa. Justeru, apabila kita bertemu dengan orang yang tepat, kita akan mengetahui betapa berharganya anugerah itu.
Cinta adalah ketika anda dibuai perasaan, kesabaran dan romantis dalam suatu hubungan serta mengetahui bahawa anda amat mengambil berat mengenai si dia.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti bagi kita, namun akhirnya kita terpaksa membiarkan dia pergi. Ketika pintu kebahagiaan tertutup, yang lain terbuka.
Tetapi kadangkala kita menatap terlalu lama pada pintu yang tertutup itu sehingga kita tidak melihat pintu lain yang terbuka untuk kita.
Teman yang terbaik adalah individu yang sentiasa berada di sisi, berasa seronok ketika bersama dan dia tidak pernah mengatakan apa-apa selain tetap menyokong anda dari belakang.
Memberikan seseorang semua cinta tidak pernah menjamin bahawa mereka akan mencintai anda.
Jangan mengharapkan cinta sebagai balasan, tunggulah sampai cinta itu berputik di dalam hatinya. Tetapi jika tidak, pastikan dia tumbuh dalam hatimu.
Ada hal yang sangat ingin anda dengar tetapi tidak akan pernah anda dengar daripada seseorang yang anda sukai. Tetapi jangan sampai anda menjadi tuli walaupun tidak mendengar luahan hatinya.
Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika anda masih ingin mencuba. Jangan menyerah selama anda berasa masih ada harapan. Jangan pernah berkata anda tidak mencintainya lagi walhal tidak sanggup membiarkan dia pergi.
Cinta datang kepada mereka yang masih mempunyai harapan walaupun sering dikecewakan. Cinta hadir kepada mereka yang masih mempercayai, walaupun kerap dikhianati. Cinta juga menghampiri mereka yang masih ingin mencintai, walaupun berulang kali disakiti dan kepada mereka yang mempunyai keberanian serta keyakinan untuk membina kembali kepercayaan. Janganlah mudah berputus asa.
Jangan melihat daripada wajah, itu boleh menipu. Jangan melihat kekayaan, itu boleh luput. Berharaplah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum kerana sebuah senyuman dapat membuat hari yang gelap menjadi cerah.
Berharaplah anda bertemu seseorang yang dapat membuat anda tersenyum. Ada saat dalam kehidupan apabila anda sangat merindukan seseorang, ingin menemui dan memeluknya.Berharaplah anda dapat mimpikan si dia, pergilah ke mana saja anda ingin kunjungi, jadilah sesuai dengan keinginan anda kerana anda hanya hidup sekali dan satu kesempatan untuk melakukan apa diinginkan.
Semoga anda memperoleh cukup kebahagiaan, cukup dugaan untuk membuat anda kuat, cukup penderitaan untuk membuat anda menjadi manusia yang tabah dan cukup harapan untuk membuat kamu berbahagia.
Selalu letakkan diri pada posisi orang lain. Jika anda berasa itu menyakitkan, mungkin ia akan menyakitkan orang lain.
Orang yang bahagia tidak perlu memiliki yang terbaik dalam segala hal. Mereka melakukan yang terbaik dalam segala hal. Kebahagiaan bukan bagi mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang mencari, mereka yang mencuba.
Cinta bermula dengan senyuman, tumbuh dengan kemesraan dan berakhir dengan air mata. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang dilupakan, Anda tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan hingga anda melupakan kegagalan dan rasa sakit hati.
Ketika lahir, anda menangis dan semua orang di sekeliling tersenyum. Hiduplah dengan hidupmu, justeru ketika anda meninggal dunia, anda satu-satunya yang tersenyum dan semua orang di sekeliling menangis.
Bagaimana Menyayangi Seseorang
1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.
2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.
3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.
4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.
5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.
6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.
7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.
8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.
9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.
10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun
10 steps to enjoying each other better...
1. Be realistic about each other.Don't try to turn ur partner into something he or she is not. Let's face it, guys-there's only 1 Pamela Anderson in the world, and even she has had her implants removed! Give ur gal a break and understand that her physical appearance is NOT going to change overnite with the help of a few facials or treatments. And ladies, Brad Pitt has already been taken, so u're gonna have to do with what ur guy is like! Chill out, love each other for what u are. There is more to ur partner than what meets the eye.
2. Always talk things out.Now guys, I know this is not ur fave pastime or mode of resolving issues, but u know what? This works with the gals. Don't make assumptions about each other's feelings. Learn to xpress urself better so that ur partner undrstands what u're angry about, or hurt about, or even happy about! When u stop talking to each other from the heart, it's the beginning of the end.
3. Do stuff together.Make an effort to do things together. Do some sports or involve urselves in some shared activities; something both of u enjoy or are interested in. It could be as simple as watching movies together, or jus strolling hand-in-hand down Orchard Road. Watch soccor with him once in a while though the green patch on TV puts u to sleep in 3 seconds. And guys, do give in if ur gal asks for another day at window-shopping, rather than suggest that she go out with her girlfriends for "that sort of activities" instead. If u're spending more time with ur friends rather than with ur partner, it's a warning sign that u're drifting apart!!!
4. Meet each other halfway.If he agrees to throw out that rotten T-shirt with the "The_Rock" print, u shouldn't kick up much of a fuss if he asks u to keep ur room tidy. There's gotta be a little giving and taking in a relationship, so learn to meet each other halfway.
5.Show ur loveBuy her flowers or candy or perfume everynow and then, even if u have been together for 5years. It's wonderful to continue showing someone that u care for him or her. Cook him a special meal, paint him a Valentine's Day card. Knit him mini-socks he can't wear ( like for decoration purposes => ), buy him a packet of milk for breakfast, or pack his wardrobe for him...so he knows u can still be romantic and loving despite having been together for quite a while.
6. Respect each other.Stop making jokes about her hair or skin, or whatever it is u love to laugh at. Ask urself if she thinks if its funny. And if he has an inferiority complex about his height, stop ogling at tall guys and make him feel worse! Love is about respecting each other's feelings and being sensitive to each other at all times.
7. Bury the past.Stop bringing up the past. Gals..don't bring up the happy things about u and ur ex to ur guy, it would jus make him jealous or unhappy. And guys, don't talk about the happy times that u had with ur ex or mention about her in ur every other sentence as it would make ur gal feel un-happy and she might think that u saying all this b'cos u are gonna get back with ur ex or not interested in her anymore.
8. Sit on ur jealousy.All of us go thru' spells of insecurity at the beginning of the relationship, but don't translate that insecurity into jealousy. If u're gonna go through ur partner's mail and cupboard, and eavesdropping on conversations, u know something is wrong - with u!!! Jealousy is like a poison that slowly spreads thru' the relationship before finally killing it. Trust ur partner; love has to have trust in it.
9. Keep ur commitments to each other.If ur partner is standing u up all the time and cancelling dates and breaking promises, u need to talk! If u're in a relationship, make ur partner ur priority and don't disappoint them if u can help it. It's really terrible when someone promises to take u to dinner, and then calls to cancel it. Don't make promises u can't keep. If ur partner starts to feel that he/she is not important enough to u, u may jus lose him/her.
10. Be honest.Honesty is not scowling at how awful she looks first thing in the morning, or telling him that he has the biceps of a fly~! When we say "be honest", we mean expressing ur feelings clearly, not being bitingly cruel. When u're hurt, say so, and when u're angry, tell him/her, w/o getting hysterical. If u can't be honest with ur partner, who can u be honest with? æ Love is also about honesty, and a relationship where no honesty exists probably isn't worth it!